Want your
own Fotopage?












 
I'm Photographer

By: osman adnan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Sunday, 2-Nov-2008 04:52 Email | Share | | Bookmark
Couple Portraiture .. Firdaus aka "otai" & Ila

 


Salam ..

ok ini entry khas .. utk pengetahuan , sy dgn ini telah pun melancarkan sebuah laman blog sy sendiri ..wakakaka .. fotopages still on ..cuma fully update , story, apa yg sy buat semua di laman blog sy sendiri ..

www.osmanadnan.com

so anda semua marila melayari blog dan jgn lupa tinggalkan komen ataupun feedback .. kita akan terus berinteraksi ..



ok entry kali ini, sy update gambar terkini sy shoot iaitu sahabat forum komuniti peminat bola sepak selangor ..www.selangorfc.com, beliau adalah moderator yg bertugas me "monitor" kelancaran forum tersebut...so anda semua dijemput utk tgk gambar seterusnya .. meh klik SINI

NOTA : -

PROMOSI AKHIR TAHUN MASIH ON , sila email utk sebarang pertanyaan mengenai pakej yg ditawarkan . Sy yakin harga ini amat berpatutan setimpal dgn output yg sy berikan .. justeru, ayuh tempahlah sekarang ..



bro cantik2 gmbr...
nice capture..
Fri 21-Nov-2008 01:35
Posted by:wan ultra_menseven@yahoo.com  - [Link]
Apakhabar?
Agak lama juga tak update myfotopages, dan dah lama juga tak jenguk member2 kat sini. Apa khabar? Rindu juga rasanya ngan member-member dlm fotopages nie.... Now I'M back, so sudi2 lah jengok kita balik ok.....
Now... my new entry... Penimbawan In Memory
http://azlanumpai.fotopages.com

Man, apa khbar bro? wah.. sudah buka web sendiri... satu perkembangan yang baik. Insyallah nanti saya lawat kamu dalam web tu, insyallah
Fri 20-Feb-2009 08:36
Posted by:Alexs Azlan arolz@streamyx.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 28-Oct-2008 12:36 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERKAHWINAN : HAFIZATUL & MOHD AKHIR

 













utk entry kali ini, sy update dgn gambar terkini pasangan yg melangsungkan perkahwinan mereka di Terachi,seri Menanti, Negeri Sembilan. ia berlangsung pada hari ahad di mana hari tersebut adalah hari GP moto di Litar Sepang. OK sy bertolak seawal jam 8 pagi menempuh hening pagi amat cerah .. Sampai sekitar jam 9.30 pagi , jika berdasarkan peta serta alamat , sy amat yakin bahawa sy telah berada di lokasi, tapi duk terpusing pusing mencari tak jumpa asik jumpa tahi lembu jer .. selamba dgn nada yakin , sy tanya org kampung, “cik alamat ni kat mana?” “alahai ekauuuu dah salah jalan ni, nu kat depan sane .., patah balik menuju ke seromban, nanti nampak pintu gerabng seri menanti,dopan dia ada satu simpang..ekau torus ikut jalan tu…. ” abis kalau jalan ni ke mana? aku tanya .. “ini ekau akan jumpa kg. terancat ..kg. org asli .. ..wakakakakka nasib gua tak ke sana..

pasangan pengantin ni nama dia Hafizatul dan Suaminya Mohd Akhir .. fiza ni sy kenal sewaktu sy cover satu majlis kementerian ..so dari situ kami kenal, dan tak sangka tetiba dia leh email utk book .. alhamdullilah .. berjaya juga aku selesai kan kerja disana..

utk gambar yg lain klik SINI

NOTA : (hanya 5 minit diperlukan untuk baca nota ini )
utk makluman anda semua jika anda perasan ada banner berkaitan promosi harga pakej "standard modified" di front page blog ini. ye kepada semua pengunjung blog, jika anda mahupun sahabat, kenalan , suadara mara yg merancang dan sedang mencari Jurugambar bagi Majlis yg akan dilangsung kan dalam tahun ini atau tahun depan silalah buat tempahan sekarang. Jgn tak percaya, promosi ini amat berharga ..

Mungkin sesetengah menganggapnya mahal .. namun pada yg menghargai apa itu gambar inilah aset yg amat bernilai setimpal dgn harganya .. malah anda akan simpan, anda akan rujuk dan anda akan jadikannya satu kenangan yg indah dalam hidup apa yg telah dirakamkan pada hari bersejarah ..baju mahal ?make up mahal ? makan mahal ? hantaran mahal ? tapi semua tu kalau takder gambar .. tidak "mahal " lagi ... jadi apa kata letak atau "allocate budget" utk fotografi dan jika mahukan yg cantik dan terkini apa salahnya cari yg mahal .. pastikan ia berbaloi..

Jika anda tanya saya, adakah berbaloi upah sy menjadi jurugambar anda ? sy akan menjawab, insyAllah anda pasti akan suka dan berbaloi setimpal.. yg penting anda suka gambar yg sy hasilkan serta outputnya ..

so jgn berlengahlah lagi .. tempah sekarang ..



osman adnan
aka angah
0133998629
angah316@gmail.com


Care to comment?


Thursday, 9-Oct-2008 13:11 Email | Share | | Bookmark
entry sempena Aidilfitri 2008/1429H

 



ini gambar pak andak n isteri n ashmeil (anak) serta wan sy.







hahaha tu dia atuk (mydad) bersama cucunya

yg pegang dia tu, shahnaz (abg ipar) dan merupakan bekas drummer kumpulan SPOON yg amat popular dgn lagu rindu serindu rindunya - tangkap lentok !!!

salam aidilfitri buat semua pengunjung laman blog fotopages sy ni ... maaf zahir dan batin ..

Sejak bulan ramadhan, sy bercuti di rumah dan mengemas kini kerja kerja yg pending .. selain duduk di rumah , tugas menjaga anak juga sy buat la ini termasuk mandikan mikaiel, basuh berak, tidurkan, pakaikan baju sehinggalah melayan telatah dia yg kadang2 agak poyo jer .. utk sambutan lebaran kaliini, isteri sy yg comel ni .(wakakakaka aku perasan) berhajat benar nak buat cukur jambul pada hari raya ke-4 bertempat di Kg. Rasa tambahan .. part ni nanti sambung ..

ok aidilfitri utk tahun ni kira meriahla utk sy sebab tahun berlepas kami ber-2 tahun ni kami ber-3 .. alhamdullilah sy dikurniakan isteri yg menyayangi dan prihatin justeru beliau menyiapkan 3 pasang baju melayu utk sy ..terharu sy dibuatnya .. raya pertama disambut di rumah klang, mcm biasa seawal pagi lagi selepas jer solat raya, rumah sy akan dikunjungi oleh ahli kariah kampung sebab ayah sy selaku Nazir mmg tradisinya mcm tu .. sehinggalah jam 12, kami tak bergerak ke rumah wan.. apatah lagi nak beraya ngan mak bapak serta isteri .. agaknya terlalu menanti di rumah wan, semua sedara datang kerumah sy utk beraya ..yg man mmg julung2 kali berlaku situasi mcm ni ..habis jer beraya , kami bergerak ke rumah wan yg berdekatan..masuk rumah ke-3 sy balik dan berehat .. ngantuk oo mlm raya lepak klang konon nak cari brg lelong last minit ..sekali hujan lebat .. masuk raya ke-2 sy dah bersiap nak balik kampung rasa ialah majlis cukur jambul raya-4

ok kita sambung kisah di kg.rasa .. kat kg. rasa sambutan raya kami lebih kepada persedian nak buat cukur jambul.. haa sebab apa , sebab ini cucu yg pertama dalam keluarga sebelh isteri gue.. sama la juga sebelah sini .. tapi sebelah isteri buat dulu .. jadi bermula kerja-kerja menyiang bawang seterusnya meracik nipis..kira mlm raya ke-3 kami tidu lewat sebab menanti masaknya rendang sarawak yg dimport khas ..bukan rendak tu diimport tapi tukang masak tu . org srawak iaitu abang ipar gue..keesokkan harinya majlis cukur jambul bermula jam 10 kalau ikut jadual tapi nak tunggu korum cukup jam 11 barula start dgn berzanji .. lebih kurang 7 org .. termasuklah ayah sy yg sememangnya suka berbenor nak nyanyikan utk cucunya .. maka bermula la sessi tersebut .. sy konon nak ambil gambar tapi my dad suruh pegang mikaiel dulu .. kasi buat satu lap then pass kat Abangngah gue .. aku shoot ..secara umumnya mmg gambar aku takder la mas gunting rambut tu.. aduhai .. Majlis tamat sampai jam 2 , org terakhir sampai ialah pak andak/makandak /ashmeil .. Alhamdullilah kaum kerabat klang semuanya serbu datang .. tu yg terkejut ..terima kasih la ... begitu juga dgn kaum kerabat sebelah RASA ni.. ramai juga yg datang ..ialah meraikan ahli keluarga baru katakan .. yg paling happy dah tentu mak mentua gue .. dan isteri ...serta ahli keluarga..

next day Ahad barula kami balik ke Klang pada waktu malam , basib baik jalan tak sesak ...so utk entry raya tak byk mana pun citer .. tapi just nak share gambar2 mikaiel ni..

dikesempatan ini juga, sy sekeluarga nak menjemput semau sahabt handai yg mengenali diri sy, mehla dtg ke rumah utk majlsi rumah terbuka yang akan diadakan : -

masa : 8.00mlm
tarikh : 11 oktober 2008 /sabtu
lokasi: 298, jln kangar 93, tmn sri pinang, bt 2 off jln kapar,41400, klang, selangor (rujuk googlemaps jika sesat)

ok tunggu dalam masa terdekat sy akan buat pengumuman lagi mengenai promosi hujung tahun bagi sesape yg nak cari pakej photography khususnya utk wedding ..

salam aidilfitri

selamat hari raya... seronok ye mikaiel beraya? bapanya pun seronok jugak dapat baju raya 3 pasang eh? banyak tu! hehehhe.... Fri 10-Oct-2008 01:17
Posted by:kak long  - [Link]
amboi bulatnye mikael..pipi boleh timbang kati tue..syok open house.. Fri 10-Oct-2008 10:12
Posted by:matr3 alangr3@gmail.com
angah.. selamat hari raya.. lambat sikit tp boleh lgkan.. jenuh aku cari fp ang baru jumpa.. huhu Sat 11-Oct-2008 10:17
Posted by:faizalrahim faizalrahim@candidsyndrome.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 3-Sep-2008 09:16 Email | Share | | Bookmark
31 ogos .. Merdeka .. ada 3 story tapi satu satu kita layan

 


salam .. hi kabare ? waras yer ...

31 ogos seperti yg semua rakyat malaysia tau (kala tak tau bukan rakyat malaysia) adalah tarikh keramat utk Malaysia . Setelah perjuangan yang dipimpin oleh tunku Abd Rahman serta disokong kuat oleh rakyat jelata akhirnya british telah menyerahkan negara ini utk ditadbir sendiri ( betulker statement aku ni , ala kira korang faham ok la ) . ia merupakan satu kejayaan bersejarah utk org dahulu dan diwarisi oleh kita yg ada hari ini. Mcm biasa seperti mana yg tahun tahun lepas 31 ogos akan disambut begitu meriah sekali khusunya di Dataran Merdeka yg menjadi satu tempat paling sinonim utk merayakannya. Aku tak terjebak nak shoot malam tu sebab petang tu aku pergi IKEA beli almari dan dengan itu almari tu D-I-Y ( do it yourself) so ia mengambil masa sekitar 2 jam .. pendek cerita sambutan merdeka aku hanyalah bertemankan almari baru yg sedang dipasang masa tu. tapi ada bagusnyer juga , sebab sambutan merdeka tahun ini agak kureng meriahnya jika dibandingkan dgn tahum sebelum ini. namun ada lah tidak adil jika dibandingkan dengan tahun lepas kerana tahun lepas adalah sambutan 5o tahun yang mana menelan belanja beratus juta utk meraikannnya. bagi tahun ini jika ikut pemerhatian aku la,mmg budget dikurangkan sejajar dgn hasrat kerajaan ingin berjimat pada masa ini . Jd malam merdeka sambutannya hanya dibeberapa tempat yg ditaja oleh syarikat 2 syarikat swasta yang inginkan publisiti serta strategi pemasaran itu sahaja...Yang lebih besar ialah perbarisan hari merdeka di dataran pagi 31 Ogos.

jam 5.30 aku dah gegas ke KL tumpang sahabat karib aku..dalam kereta siap congak apa nak makan pagi ni memandangkan esok dah puasa.. member bgtau , "kita perkena nasi lemak tanglin la " ..haa aku tak pernah dgr best sangat ker .. so setiba di KL jam 6 pagi tgk kat MAsjid negara ada kontinjen yg dah sampai siap dgn pakaian seragam , DBKL dgn "tentera" berkuda , pancaragam perghhh tak ingat.. utk pengetahuan korang , aku terjebak ngan perbarisan merdeka ni sejak aku form 2 la.. penat oiiiii .. nak tunggu nasi lemak tanglin .. jam 730 baru laa aku berkesempatan, belasah ngan member aku , emm pada aku .. rasa moderate jer mahal jer lebih ..ok perbarisan bermula seawal jam 8 pagi tepat di mana DYMM Agong sampai kat depan dataran dan bermula lah perbarisan dimulai dengan persembahan kanak2 kat padang dataran ..jam 830 ..pancaragan tentera memulakan aksinya .. dikuti dgn kontinjen PLKN dgn membawa bendera gergasi dan panji-panji. ..pastu seterusnya laaa .

aku bernasib baik sebab ada pass jadi all access , senang la keje .. shoot sana sini , apa yg aku shoot aku pun main belasah jer ..asal ada gambar ok la tu ... jumpa la otai2 photog ni .. diorg semua hebat hebat ..aku ni jer kecik jer rasanyer .. so parade ni habis sekitar jam 10.30 pagi , mmg secara jujurnya parade ni buat tak sehebat sebelum ini tapi still ada .. itu pada aku dah bagus , kalau takder langsung lagi bahaya , kita nak merdeka bukan senang , dan aku rasa ini lah cara terbaik dari segi nasional nya utk kita raikan walaupun ada suara-suara sumbang akna cakap "pembaziran" .. at least korang nampak sendiri mcm mana sokongan logistik badan2 keselamatan mcm tentera, bomba, polis, RELA, pertahanan awam...dan yg paling penting "org luar" tgk dalam kita duk kecoh dgn politik dalaman kita masih lagi boleh buat semua ni ..kira stabil la tu .. kalau kita tak buat .. jatuh reputasi Malaysia ini.

aku chow dalam pukul 11 terus gerak Klang kena kopitiam klang .. dalam perjalanan member aku dapat berita buruk dimana salah seorg peserta perbarisan kontinjen dia telah kemalangan yg kritikal .. (meninggal pun) ..kesian member aku terpaksa patah balik ke hospital serdang ..penat ooo

ok kita enjoy tgk gambar perbarisan ini dulu ..








dalam sedar tak sedar, malam merdeka (kira awal pagi la ) mak aku duk sibuk masuk bilik aku jam 5 pagi.. masatu bini aku tak tidur sebab tengah mengemas bilik lagi .. duk bising2 , aku lak dah tido lewat ..bangkit mak aku cakap , alang baru lahirkan anak tadi jam 5.20 pagi waktu Aus..kira anka merdeka la tapi sebab lahir kat OZ kira dibatalkan ..so lahirla anak alang .. alang adik saya yg ke-3 .. pelajar sport science dari UiTM dan melanjutkan pelajaran dalam Master di Australia Brisbane. berkahwin tahun lepas. bawa bini sekali ke sana... pening kepala mak aku sebab 2 hari asma (adik ipar ) duk sakit perut ..ialah dia jauh ..melalui telefon jer la ..ok nama anak alang ialah Roffiq Rayyan bin Rahmat , ehhh mcm nama short form kereta dia "R3" .. biar betui ....so tambah cucu baru ..selepas mikaiel ..pas ni mikaiel ada geng laa ... ni mak aku akan gegs ke Brisbane hari jumaat ni .. so 2 minggu la mak aku takder kat malaysia .. ok sempena anak merdeka ni , aku kasi up sikit gambar adik aku masa dulu2 laa sekarang ni tak tau la mcm mana.. kata dah boyot .. cheett podahhhhh dulu badan six pack .. kokok jer lebih ..haa kawin amik ko ! pergila diet mcm selalu.. tau takper...




* yg badan lawa tu la alang .. yg jeans biru .. amcm hebat tak adik aku ?



nak tgk gambar anak dia, klik fotopages sini


ok ..pada petang merdeka tu, sahabat karib saya iaitu saudara Ellya masriq dan Umi ajak aku shoot diaorg sebelum si Umi ni bersalin ..dah sarat si UMI. so aku pun pergi la , kebetulan my great sifu >http://blog.udeyismail.com] udeyismail ada kat shah Alam dgn dia punya kawan yg juga Mekanik terulung Ferarri .. dia bawak D3 beb ..gerun tuuu lens putih lagi ..mak aiiii .. .. so shot sekitar tasik Shah Alam .habis shoot pukul 6 petang ..mana yg sempat jer la.. habis shoot terus pergi transfer gambar di Pakli dan minum dan balik utk solat terawih pada malamnya .. ok ellya ada tanya ada cadangan utk letak nama anak dia tak ?
haa terus comment kat ellya la kat http://ellique.fotopages.com
ok enjoy lak tgk gambar ellya






kepada semua sahabat2 ..saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa .....tunggu sy nak launching website ni .. dan kepada mereka-mereka yg inginkan saya menjadi photographer anda , apa tunggu lagi ..email atau call seperti maklumat di bawah ..

osman adnan aka angah
tel : 013-3998629
email :angah316@gmail.com
YM : angah316
gallery online http://flickr.com/photos/angah316

angah..tahniah..write yg mantap Thu 4-Sep-2008 06:05
Posted by:sofimohd  - [Link]
salam aidilfitri buat angah..
maaf zahir dan batin...
Sat 27-Sep-2008 23:26
Posted by:fakirminds  - [Link]
selamt hr raye mr angah..lawa gamba..yg badan mcm sazali tu adik ko ehh perghhh mantap. Tue 7-Oct-2008 05:15
Posted by:azizizulkefle  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 27-Aug-2008 07:34 Email | Share | | Bookmark
The solemnisation & reception " adeq & boy"

 













salam semua ..

ok kt tinggalkan bola sepak, pada tarikh 230808 telah pun di "booked" utk majlis seperti tajuk di atas. nick name among her frenz Zura tapi sy panggil adeq jer. Adeq ni adalah kenalan atau kawan adik sy sewaktu belajar UiTM. Jika tidak silap sebulan sebelum tarikh ini, adeq menghubungi sy melalui rakan mereka menyatakan minat utk mendapatkan khidmat sy. jadi setelah melihat hasil kerja sy, dia pun setuju. So kira On la kan !

nak dijadikan cerita malang buat sy pada hari tersebut, pagi tu seawal jam 8 pagi dah kuar rumah dan melalui sms yg dihantar oleh adeq, dia suruh sy breakfast ..cantikla kt makan dulu nasi lemak+nescafe O. lepas je makan sy pun pegi ke kete dan nak start, terlupa kereta ini ada alarm jadi kena activate alamr tu balik then baru leh start ( honda city) ..so tekan alarm tak berfungsi . aikk baru je tukar bateri rasanyer.. sy dah hampir panik ni .. adeq duk call.. terlintas dalam kepala nak ambil beg camera masa tu ..dgn beg galas camera disisi .sy cuba lagi tekan alarm tettiba dia tertutup . pastu tekan balik takleh buka.. perghhh nasib baik la begcamera dah kat luar .. pegi cari kedai bateri tukar bateri , pegi kat kete tekan balik alarm still tak function .. mmg buat hal pagi buta ni .. buat potong stim nak amik gambar jer ..hilang fokus ooo .. jln terbaik sy tinggal kete terus cari teksi pegi midvalley hotel ... cuma sy bertuah sebab beg camera dah kat luar kereta masa tu .kalau kat dlm .pening ooo ..

kat bilik di Midvalley hotel, adeq sedang di "make up" dan rakan2 mereka ada la kat situ juga .. habis make up, gegas ke masjid taman desa (berdekatan wisma faber). majlis nikah yang sempoi dikendalikan oleh ustad muda JAWI . selesai jer teru sgegas balik hotel siap utk majlis resepsi lak yang diadakan di dewan komuniti Pantai hill park .. cantik tu.. teiba kat dewan , rakan2 dah tunggu ..mak aiii kawan semua badan sasa sasa oooo .. keje gym la katakan .. kesian pengantin tak sempat nak makan , abis sema tetamu dtg jumpa .. alih makanan pengantin pun dah habis barula diorg mkn itupun nasib baik lauk dan ceduk awal2 letak dalam pinggan . majlis selesai jam 4 petang ..packing barang ..akulak minta tlg pengapit utk antar kat depan .. gila oo sy hanya ada beberapa jam utk selesaikan masalah battery yg dah habis serta kereta yg kat kedai mamak pagi tadi..

kepada pengantin, selamat pengantin baru .. nanti sy bgtau bila album dah siap ..
utk gambar seterusnya klik SINI

alhamdullilah semua selesai lepas magrib terus chow pegi stadium

kesempatan ini sy nak ucap tahniah kepada kedah sebab menang Piala Malaysia utk kali ke-2 berturut-turut sekaligus melakar sejarah baru bola sepak malaysia dimana pasukan pertama menang 6 piala berturut-turut dalam 2 musim. sy berkesempatan menonton sambil mengambil gambar .. malangnya sy duk di zon "perang" ekorang serangan mercun yg bertali arus dari para penyokong kedah setelah pasukan kesayangan mereka menjaringkan gol penyamaan ketika itu. nasib baik sempat mengelak..




mana2 yg nak kawin atau nikah atau pun tunang hubungi la saya dgn segera ..
hired me as ur photographer ...

osman adnan aka angah
013-3998629
angah316@gmail.com
YM :angah316


cantik gambar2 nie... pinjam kamera boleh? hehe

Salam Kemerdekaan dari slumbeR@J@!

wanna exchange link? <a href = "http://slumberaja.blogspot.com/"><b>slumbeR@J@!</b></a>
Wed 27-Aug-2008 13:07
Posted by:slumbeR@J@ slumberaja@gmail.com  - [Link]
Man, next time nk ikut shoot kat stadium boleh?? apapun Selamat Berpuasa. Tue 2-Sep-2008 00:49
Posted by:nanba  - [Link]
Lawa gilo gambo wedding tu angah!!!
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat mengerjakan ibadah puasa..
Tue 2-Sep-2008 10:07
Posted by:WanShahril@ShutterbugzStudio  - [Link]
Add comment


Friday, 22-Aug-2008 04:26 Email | Share | | Bookmark
MIKAIEL KAIESZ - 2 MONTH

 









Salam ..

we meet again .. to all viewers, thanks for your kind support by viewing, read and gave a comment in this blog.its motivate me and encourage me to work harder.

ok la asik gambar org jer .. kali ni sy nak update sikit gambar anak lelaki saya yg bernama Mikaiel kaiesz. dia baru berusia 2 bulan semlm .. mungkin ramai yg nak tgk camner rupa dia sekarang ni ... mikaiel suka tidor lewat malam , ntah la nape .pening sy nak layan dia , sebab mata saya pun masa tu dah ngantuk .tapi itu la anak, walaupun ngantuk, mata terkatup tapi badan terus bangun dan tangan amik botol buat susu... bial dah habis minum , tepuk belakang dia kasi dia sendawa..mikaiel ada satu perkara yg buat sy seriau.iaitu kalau terlewat waktu minum susu dia...dia akan melalak hingga terdengat suara kecil dia yg nak terkucil .. kelam kabut la bergegas buat susu .. sumbat susu terus sejat diam .. cuma baby dia kadang yg pening bial dia kembung perut . mcm teknik la sy gunakan ..termasukla menggunakan minyak yu yee cap limau . tapi kalau tak jalan gak buat ala apa yg patut ..

my brother di Australia sibuk suruh update gambar dalam blog ni pasal si mikaiel .kecoh la "mamak" ni (panggilan nick name adik sy alang) .. ialah dia pun tgh menunggu kelahiran anak pertama yg tak lama lagi , lahir kat OZ tu ..

owwh sebelum terlupa, nak ucap terima kasih kepada sahabat saya yg tlg shoot gambar sy & family di oldtown mlm td..mr. udeyismail dan ZiZi . juga nak ucap tahniah kepada En. Saiful nang dan Dr. intan atas kelahiran puteri pertama Orked pada tarikh 20082008 .cantik kan tarikh tu .. mudah2 mudahan murah rezeki lagi ..amin ..

kepada semua stay tune stay live .. insyAllah ramadhan kita buat improvement sikit dari segi marketing strategy dan folio.


memang sihat anak korang berdua. pipi chubby macam nak meletup! comel...
gambar berdua dgn ayahnya, nampak macam muka ayah. gambar berdua dgn emaknya, nampak macam muka emak. dua-dua rupa pun ada. tapi rasanya lebih kepada emaknya... ayahnya jangan jeles. heheheh...
Wed 3-Sep-2008 06:26
Posted by:kak long  - [Link]
memang muka hang laaa... tahniah.. Thu 4-Sep-2008 02:38
Posted by:Syahrin Aziz syahrin@syahrinaziz.com  - [Link]
seman...aku suke le tgk anak ko..cute giler...my fav gmbr no 1...hehehe..tersengeh yeee.... Wed 10-Sep-2008 04:13
Posted by:eliq lupp@hotmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 12-Aug-2008 06:35 Email | Share | | Bookmark
Resepsi Panjang & Emi

 


















Salam semua..

alhamdullilah sy telah pun di "book" awal2 lagi oleh pasangan ni.. berpuluh sms yg di hantar mengingatkan sy agar tidak lupa pada tarikh ni sebagai OP. Majlis diadakan berdekatan dgn rumah saya jer.so just naik motor, walaupun letih sebab baby selalu kacau sy waktu tidor .. ( habis dah bapak) .. jika anda semua perasan, sy pernah shoot outdoor portraiture pasangan ni (check balik entry sebelum ni)

Majlis yg penuh berseri happening dgn kehadiran para tetamu esp tetamu ayahandanya yang terdiri daripada kawan2 kelas dia masa zaman belajar dulu serta rakan tugas dia. kalau nak tau bapa panjang ni adalah POLIS Klang.. muka garang tuu tapi cool jer dia.. siap team scramler turun sy agak ni mesti polis nyer, dgn selamba bapak panjang cakap" ni geng tembak org mati " .. tu dia kat pinggang ada pistol tuuu .. bahaya bahaya ..ada gak rakan2 panjang zaman dia belajar datang ..ramai gak ..budak batch dia la ..

habis dalam pukul 4 lebih, mak andam dah bising nak baju ..nasib baik si panjang & Emi ada baju lain . so pakai baju lain.. kami shoot sekitar stesen komuter Klang , area Kopitam Chong Kok,.. sape pernah turun outing Klang mesti tau tempat ni. . sehinggalah jam 630 sessi tamat . dan aku pun kena gegas sebab nak balik KKB lak .bawak baby jumpa sedara mara sana lak kebetulan wedding sedara ada kat sana..

utk panjang & Emi.selamat pengantin baru .. harap semua kekal hingga akhir hayat.. tambah sorang lagi ahli kelab kawin yg baru. utk pengetahuan semau. panjang bekerja sebagai medical officer di klinik desa (yer ker) sekinchan kot ..ok ramadhan pun dah nak start .. tapi sape nak book utk kawin lepas bulan ramadhan ..meh jgn malu .. contact sy dgn segera

enjoince ..

yang lain2 punya gambar meh la klik SINI

osman adnan
013-3998629
angah316@gmail.com

Cun dah tu..aku suke yang no.12. Mon 18-Aug-2008 04:18
Posted by:nanba  - [Link]
Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 08:29 Email | Share | | Bookmark
Chinese Solemnisation - Tea Ceremony Aileen & Ken

 








Salam to all .

hi we meet again .. utk kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya telah berpeluang utk tagging Jurufoto hebat Mr. udeyismail utk entry special kali ini, Upacara minum teh menerima menantu oleh keluarga m.Richard iaitu bapa kepada Aileen. seawal 6 pagi kami tiba di lokasi dimana kami depart from Cheras as early 4.30am.. ..enter seremban area berpandukan kertas panduan yg dibawa oleh udey kami mencari rumah pengantin.. aku baca kat keratan tu dah terang2 tulis " make sure the photographer reach at this house at 6.30am sharp"....satu peringatan .. tapi kami sampai jam 6 kira cemerlang la.. adik aileen yg bongsu iaitu michelle mempelawa kami masuk dan menerangkan serba sedikit tentatif utk majlis ini.. dah faham semua, kami mula bekerja .. mcm biasa Chief akan memulakan langkah awal dgn berkenalan dgn aileen... aileen ni mmg sweet muka dia ..dan beliau seorg yg amat peramah..malah semua family members dia peramah gila.. cakap melayu fasih tuuuu ... terkejut oooo ..dan meraka memberi kerjasama yg baik kepada kami walaupun kami ni kira dianggap asingla sebab wedding Chinese , malay yg shoot !! tanya punya tanya, rupanya kakak aileen iaitu jackie yg choose udey sebab diorg tgk porfolio udey dan jatuh cinta hasil kerja udey ...

jika anda rujuk blog udey, dgn jelas udey beritahu terlalu byk moment yg best org chinese wedding ni dan aku percaya yg udey telah melaksanakan tugas ini dgn pernuh cemerlang termasuklah 2 pembantu yg dibawanya iaitu GG dan carlos nizam.. majlis tersebut tamat sekitar jam 2 petang dan kami stay kat seremban utk siapkan selection gambar terbaik yg telah di shoot tadi utk mereka buat slideshow utk tontonan pada waktu makan malam nanti..

walaupun aku tak masuk masa hantar cd tu, tapi aku percaya la mmg diorg semua cukup puas hati tgk gambar tersebut. buktinya bila udey masuk kereta jer, dia senyum dan aku tanya camner,udey cakap dia org suka ...so berjaya la misi kami.. malah aku sempat gak sms jackie tanya ..dia happy ..

walaupun aku bukanlah OP utk majlis ini, tapi pada aku ia adalah peluang selain ajar aku training lagi dan aku suka gila.. thanks to candidsyndrome ..terutama BOS besar Saiful nang. dan juga sifu aku udeyismail sebab bg peluang tag dia.. carlos yg sentiasa membantu dan GG yg sentiasa fokus dan belajar bersama ..

tambah la lagi satu koleksi fotofolio aku .. hope in future I've been hire to shoot Chinese wedding ...amin ..


utk gambar lain klik sini

Wei lawa la Man..dh mcm udey aku tengok..bila nk bwk aku g tag ngan ko plak? huhu Wed 30-Jul-2008 08:52
Posted by:nanba  - [Link]
Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 17:25 Email | Share | | Bookmark
MIKAIEL KAIESZ - rezeki anak ...

TPM .. future Prime Minister




salam semua ..

alhamdullilah semlm kira genap la usia junior saya berumur 19 hari usianya. hati ni cuba suka, bangga dan bersyukur sesangat dgn apa yg dianugerahkan tuhan. nama putera saya ialah MIKAIEL KAIESZ. yg Z belakang tu saya tambah sewaktu hari pendaftaran ( ada mcm russia tak, hahaha maklumla lahir masa Euro2008) . Sebenarnya saya bercita-cita nak bagi nama anak ILHAN MANSIZ, namun setelah bertanya dan mendapat feedback dari rakan2 saya terpaksa batalkan hasrat tersebut. Ini kerana pemilihan nama mesti mempunyai maksud yg cantik. utk nama pilihan sy yg ni sy tidak tau malah saya dapat dari serog pemain turki yg pernah bermain di Besiktas...sy amat meminat beliau ..spt yg telah diberitahu tadi, nama ini terpaksa di "reject" sbb takder maksud ataupun sy tak tau maksudnya.

Justeru pada hari sabtu sebelum sy bw isteri sy ke Hospital,sy call seorg ustad dan tanyakan bolehkah saya memberi nama anak saya Mikail Qays .. Ustad pun beritahu dan cakap boleh tapi maksudnya lain nanti.. dipendekan cerita Ustad Ibrahim sms sy nama serta ejaan yg sesuai ialah mikaiel kaies ..kenapa saya letak nama ni? .ok utk pengetahuan semua malah diketahui umum mikail ialah malaikat yg menyampaikan rezeki. ..jadi sy menganggap anak sulung adalah rezeki yg Allah beri dan anugerah.. org selalu kata" rezeki anak" ..sy percaya akan ungkapan ini dan sy berpegang kepadanya.. Alhamdullilah sejak kelahirannya, sy dpt 2-3 job dan job job lain pun insyAllah akan menyusul .. rezeki anak

ini berita agak sedih sikit, tadi petang mikaiel telah dimasukkan ke dlm wad sebab batuk berkahak di mana doktor terpaksa rawat takut kena jangkitan radang paru2. . ni kerana infection dari virus selsema dalam rumah ini, kakcik, kak intan, my dad n me too . abis ada sakit pergi cium dia melekat la.. takepr harap dia pulih dan bila balik dapa ttidur ngan nyenyak takder lagi bunyi motor boat lagi .. hihihihi ..

kepada anda semua yg belum kahwin dan nak kahwin .. pesanan sy, bila terlintas di fikiran ingin kawin, maka itu seru dah sampai .. itu Rezeki ! dan bila kahwin inginkan anak.. dapat anak itu pun rezeki !! yakin lah !!!

ok mcm biasa .. kerja tetap kerja . keluarga tetap keluarga.. so sy masih meneruskan kerja sebagai jurufoto .. insyAllah sy akan udapte dgn gambar gambar yg menarik lepas ni .. bakal pelanggan, jgn segan jgn malu .. hubungi sy ...



osman adnan aka angah
manphotogprahy
angah316@gmail.com
0133998629

Hye....tahniah dah dapat anak. Muka dia sengih cam muka ko la....hehe...comey cam aku pun ada Wed 16-Jul-2008 06:56
Posted by:Konah innria@gmail.com
aitt..heran ...nape pak long yg dpt nama? tu anak angah lah...wei...sukati jer..buat statement..apa pun confirm comel dan fotogenik mcm auntie y dia...hahhaha...ala comel lah...MIKA ni..tu nama manja kay... Wed 16-Jul-2008 09:15
Posted by:auntie y.... kakwhy@gmail.com
congrats on ur newborn, mikaiel si baby comel! kwn2 sumer expecting, bagus2. angah kasi promo kat pakcik tu utk kawen sket.. Sun 27-Jul-2008 01:55
Posted by:un unaizah12@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
Bersejarah kerana ada waris .

kedah johan piala FA 2007/08
asalamualaikum
Syukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia serta kuasa-Nya, berlangsung satu peristiwa bersejarah dalam hidup saya. apa yg selama ni kami tunggu , akhirnya lahirla seorg putera utk saya dan isteri. anak pertama saya lahir semalam 21 jun 2008 bersamaan 16 jamadil akhir 1429.

sebenarnya pagi sabtu tu, wife saya telah pun merasakan sakit yg konsisten. jadi saya rasa eloklah ke hospital namun sebelum tu sempat lagi makan sarapan pagi , lontong berlaukkan kerang rendang + sambal sotong. lebih kurang jam 12 terus ke hospital dan buat pemeriksaan CTG .. daripada laporan tersebut mmg jelas la yg wife saya akan melahirkan bayi kurang dari 24 jam. dan beliau harus berada di wad bersalin. pada ketika itu sakit nya semakin menjadi jadi. setelah tukar pakaian, wife saya terus di bawa ke bilik bersalin dan menanti waktu utk bersalin. Jika dilihat dari pemeriksaan pertama tadi, pd masa itu pembukaan baru 3 cm, jadi ada 7 cm perlu tunggu dan ia memerlukan 7 jam lagi ( 1cm = 1jam) ..jadi tanggapan saya mmg terlepas la aksi perlawanan akhir FA cup malam ni.. pada hal nak buat pas kelam kabut rushing sana sini..

di labor room, saya duduk disebelahi isteri memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi (mcm ayat org politik) kepada isteri agar bersabar dan menahan sakit tersebut. tetapi itulah istimewa nya isteri atau kaum hawa, mereka sendiri yg tau rahsia sakitnya bila nak menanti saat kelahiran. ekoran dari kesakitan yg dialami terlalu kuar, isteri saya minta buat pembedahan pada mulanya, saya cakap tidak perlu la..tahan la dulu. tak berapa lama selepas itu beliau sekali minta kalau boleh nak menjalankan prosedur "epidural" iaitu salah satu kaedah buis. lalu nurse bertugas minta izin utk buat pemeriksaan sekali lagi melihat tahap pembukaan.. dia terus cakap "ehh dah tak payah epidural , ni dah terbuka 8 cm.tunggu masa nak kuar jer ni.. terus suasana jadi agak sibuk dimana ketua bidan turun bantu utk lakukan prosedur seterusnya . masa nila sy lihat bagaimana peritnya isteri saya menahan kesakitan yg dialaminya ..dari gengaman tangan isteri , kita dah tau sakitnya nak lahirkan anak.. dah tak leh nak nangis... doktor dtg jam 3, dan masa tu isteri saya semakin sarat dan terus sakit yg amat sangat ditambah lagi kena meneran dgn teknik yg betul..

mcm tak caya, kat dalam bilik mmg sibuk dgn situasi kelahiran ditambah lagi dgn suasana di luar bangunan di mana langit gelap dgn hujan lebat , petir sambung menyambung .. berdetum detam ..perghhh dah mcm citer lancang kuning gak.. namun suasana labor room terus sengit dgn keadaan si ibu meneran dan si doktor & si jururawat terus membantu, akhirnya doktor ambil keputusan utk buat "vacum" kerana bayi dilihat masih sukar utk dikeluarkan..setelah membuat prosedur tersebut dan dibantu teran oleh si Ibu, akhirnya kepala bayi berjaya dikeluarkan dan kurang seminit badan bayi juga terkeluar disusuli dgn tali pusat. doktor terus letak kat atas perut ibu .. masa ni saya rasa wahhhhhhhhh subhanAllah ..

sy masih ingat lagi ketika dia sedang bergelut dgn kesakitan tu, selain nurse dan doktor memberi tunjuk ajar. saya juga turut memberi sokongan .. yg saya ingat sehingga sekarang , ialah org dah sakit sangat..dah cuba teran dan terus teran tanpa henti ..maksudnya amik nafas ..teran amik nafas teran ..sepenuh hati.. dia pegang tangan saya dan masa tu timbul satu kekuatan dalam diri sy utk cakap" yang , awk dah lalui 9 bulan lebih inilah masa ditunggu-tungu .. kita kena kuat kesian anak kita nanti dia lemas.. ..sy tgk muka wife sy berubah dan senyum senyum tidak .. dan masa tu dia mmg press all out .. masa tu gak la doktor amik vacum ... sy bole bygkan la muka wife saya mcm mana ..bibir sampai biru dan yg plg gempak ..jerawat nasi kat hidung pun boleh terkeluar laa...mmg superb real !! dan segala kesakitan hilang mcm tu jer bila tgk baby depan mata... lepas bersalin .. doktor boleh berborak ngan wife i mcm takder apa apa berlaku ,padahal masa tu doktor sedang buat jahitan dan membersihkan luka yg ada...

mcm biasa , baby dibersihkan dan diberi suntikan .. dan mmg confirm melalak ..ukuran dibuat ..54cm dan berat 3Kg. terus dihadapkan kiblar kini tugas saya utk mengazankan Anak saya ini. penuh syahdu betul waktu tu ..dgn airmata suara pun serak basah ...anak saya berenti menangis dan saya bawa pada wife sy yg masih bersama doktor utk kerja kerja lain...

bila dapat berita dapat anak sulong , sudah pasti yg gembira ialah ibu bapa saya dan mertua. punya lah mereka gembira.maklumlah cucu pertama. saya juga turut merasai saat kegembiraan ini. CUma yg terkilan satu jer. hidup saya dipenuhi dgn warna warni bola sepak sama ada tempatan ataupun luar.. justeru disebabkan isteri saya bersalin awal tidak seperti yg dijangka kan .tepat jam 830 mlm sy bergegas ke stadium utk menonton dan merakamkan pertarungan sengit ini. .. malangnya selangor tumpas.. kalau menang ..perghhhh ... best gila!!!!!

i luv my wife
i luv my son
i luv my parents
i luv my familys
i luv my friends ..

alhamdullilah ..

mari saksikan gambar gambar ni ..

jam pukul 2 ..masa ni bini aku dah sakit sangat...


susah tau nak tgk muka bini aku stone mcm ni ... sakit dia kata






yg selebihnya klik sini

utk kedah .. tahniah .. takper nanti kita jumap final piala Malaysia ..

Tahniah Man..semoga dimurahkan rezeki. Thu 3-Jul-2008 03:41
Posted by:nanba  - [Link]
bro, sampai lu dah ada anak...kata mau datang sini..Pulau Carey...bila nyer..?? boleh layan golf Wed 9-Jul-2008 07:07
Posted by:rashidjalil
boleh bawak masuk DSLR dalam wad eh??...aku hengat x bleh...tapi member aku kena sound masa bawak DSLR kat dalam wad spital kerajaan kat seremban.... Thu 7-Aug-2008 05:20
Posted by:afat
View all 14 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.