|
|
| Tuesday, 15-Jan-2008 04:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KUL - CHIANG MAI - CHIANG RAI - BANGKOK - KUL
|
|
approximately 1135pm 14 January we touch down at LCCT Sepang with flight AK885 from Bangkok. After 6 days we stay in thailand with 2 days in chiangmai, 2 days chiang rai and last 2 days in bangkok as photography team for the solemnization of syaromi n laila. syaromi adalah economic counselor in bangkok , laila baru jer tamat belajar dari U di thailand.
satu pengalaman yg sangat best memandangkan kami ni semua bergerak seperti backpackers=traveler. Majlis yang penuh berseri ini mmg menakjub kerana komuniti islam di sana bekerjasama selama 2 hari 2 mlm menyiapkan dan menghias kawasan rumah pengantin serta kerja masak memasak termasuklah kerja kerja penyembelihan. Majlis nikah dilangsungkan di Masjid terdekat, yang bestnyer sewaktu berarak , siap ada tembak menembak diudara bagi meraikan pasangan pengantin .perghhh dah selesai majlis nikah berarak ke umah pengantin perempuan pun ada tembak menembak ..one more moment yg best , ialah pihak pengantin lelaki dgn kumpulan lelaki akan merempuh benteng yang dibuat oleh ahli keluarga pengantin perempuan ..dah mcm scrum main rugby daaaa ...masalanye sampai 3 wall nak lepas.. syarat lepas biasala mcm malaysia , kena bayar tol ..
to syaromi n laila, thanks for the opportunity given. i really appreciate it. i wish u all the best and selamat pengantin baru,.. honey moon? bawak jer laila balik malaysia byk tempat ada..dan kita lepak chong kok ..nam cha
Finally i managed to upload and update all images (selected)
credit to my friends mr. ellya, izzat for his contribution and be my assistant (http://ellique.fotopages.com )
want to see more pics click here
osman bin adnan
aka angah
manphotography Photographer
tel : 013-3998629
email : angah316@gmail.com
gallery : www.flickr.com/photos/angah316
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Jan-2008 06:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CHIANG MAI ...
|
|
sawadikapppppp ..
peringatan ..org thailand bukan semua reti cakap orgputih ..jadi kita dah mcm ayam n itik ..sekian harap maklum ..
nanti aku upload lagi ..
updated : sinthana resort, chiang mai
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jan-2008 07:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
permulaan 2008 yang terkilan !!!
|
|
salam semua,
alhamdullilah episod 2007 tinggal meninggalkan kita, dan 2008 mula mengorak langkah.
namun awal tahun ni cukup sedih aku pedih ( mcm lagu kump. kulit). benda paling aku minat iaitu bola sepak, team fav aku kalah iaitu selangor.
Aku dibesarkan dgn semangat cintakan bola sepak .. dari zaman stadium merdeka aku turun dtg menyaksikan , ingat lagi game sel vs kelantan. dimana berkesudahan 1-1. gol kelantan dijaringkan oleh penyerang berbisa mereka iaitu Hashim Mustapha(korang ingat lagi ker) ..manakala gol selangor dijaringkan oleh pemain tua PKNS iaitu K.sanbagamaran. Itulah memori bola sepak aku zaman kanak2. tak habis dgn tu, aku turun menyaksikan pelawanan seterusnnya di stadium shah alam , crowd lebih 60,000 ..zaman tu, pemain yg paling hebat selain azman,k.guna,zoran nikolic, zolt bucs, pavel, robert dunn, dollah, zainal, dan semestinya skipper terbaik ialah ismail ibrahim. Inilah zaman kegemilangan selangor pada ketika itu, mmg superb!!
formula dia:
atmosphere+spectators = superb performance
tapi kini, hamppehhh ..dari zaman selangor dgn crowd 100 org aku turun juga menyaksikan aksi-aksi org tak cukup makan dan IQ lemah.kerana minat, aku terus sokong hingga zaman pemain indonesia dan argentina .. ni zaman mula bangkit aura red giant, dan masa inilah aku mula berjinak jinak main compact camera, dan tak ku sangka adalah satu majalah boleh amik gambar aku tu tanpa minta kebenaran atau letak kredit publish dalam majalah diorg...sialan !!!! ..takper itu motivasi dan pengajaran berguna utk aku .. sikit sikit kumpul duit atas dasar minat nak beli DSLR & shoot bola... itu tahun selangor bangkit dan menang 3 piala, booming satu malaysia. tapi mcm biasa bola sepak malaysia ni bodoh !!!!! menghabiskan duit dan mentaliti org melayu yg haprak !!! aku terpaksa kata mcm ni sebab aku tgk org melayu yg main bola kat malaysia ni semua sama , ada satu penyakit dan budaya !! dan ini la punca mengapa kita tidak berjaya dalam sukan bola sepak !!! penyakit ni aku labelkan "comfrot zone disease"
kawan2 sekalian, kita kalau nak setup satu team bola esp mcm selangor at least satu musim kena ada budget RM 10 juta ..RM 10 juta
tapi apa faedahnyer kerajaan negeri pergi spend sampai 10 juta pada bola sepak!! utk dapat RM 10 juta, persatuan negeri terpaksa melantik org politik supaya dapat buat duit utk persatuan bola, tapi org politik lak fikir utk project diri dia selain kalau 10juta dapat 3 juta masuk poket pun apa salahnyer !!! itu yg top management punya idealogi ..bagaimana? dia akan pegi jumpa MB mahupun PM or TPM minta projek itu ini, tanah itu ini, pastu dia cakapla kalau dapat projek ini, company ni dah janji nak sponsor bola sekian amaun ..so nak tak nak MB kena la bagi. apa risiko kalau MB tak kasi, dgn sendirinya pengaruh politiknya kurang dan kurang mendapat kerjasama apabila sesuatu keadaan politik berlaku dan kalau silap percaturan, boleh kalah pilihanraya part politik.!!
bagaimana ngan players??? sama la juga ..sekolah tak habis, suruh belajar pergi merapu.. so main la bola..baru main bola baik sikit dah nak demand gaji sampai RM 5000 ke 10,000. ko bayangkan budak tak habis sekolah pastu minta gaji sama taraf ngan doktor padahal main standard liga haram jer ..tak EPL pun ..pastu malas training ..international atlit traning sampai 8 jam sehari nak jadi champion, federer 10-12 jam training tau .. ..ko baru 2 jam dah memberontak !! tapi bila main snooker, main pompuan, lepak kelab minum ..sampai esok pagi pun takper..nilah mentaliti pemain bola khususnya org 2 melayu !! ada satu tu lagi sial, nak wakil negara tapi dapat layanan istimewa dgn hotel, elaun lain , mahal special case ..bila main nah ken abelasah ngna thailand 7-0 geng, atlit taekwando duk hostel jer, elaun standard rate tapi gold medal..takder masalah lawan gak thailand .. dari team negeri negara mahupun kelab sama jer ..sebab semua org yg dari golongan sama , senang citer sape nak main bola liga tempatan kena dapat lesen, lesen dia yg mcm aku cakap kat atas tu la..baru qualified ..kerana itu sukar nak berjaya sebab dah banyak sangat dosa dalam badan cuma bala yg tuhan janjikan tu dah sampai ke belum wallahualam ! ..
bila coach drop n rase tak layah pun ko berada dlm skuad, ko selamba jump the que pergi jumpa top management ..wei come-on la korang pro la geng bukan main budak sekolah ..kalau ko dah kena drop means ko tak hebat laa , tempat tu ada org yg lebih deserved..tapi ko ni konon nak tunjuk ada pengaruh , selamba ko panjat top level. dgn selamba lak top level bagi arahan supaya amik balik..ok la amik balik kesian periuk nasi korang gak , bagi peluang main . mcm sial !!!! tendang tak sampai, lari mcm jalan dan paling memilukan tendang tak kena walaupun takder opponent pressure.. inilah budaya cable..sebab ada cable ko dapat main ..just prove ur ability dan quality sure u will get the place...
aku rasa dah sampai masa kita reformasi dan boikot terus football.. sebab llabur RM 10 juta just for nothing !!! kan lebih baik buat skim RM10 juta untuk keluarga miskin pergi haji ker..takpun anak cemerlang, ibu bapa dapat reward pergi haji. cukup beb, pengaruh politik ko dapat , di hati rakyat ko diangkat..mengapa ini tak berlaku, sebab pemimpin id atas adalah politician yg takut akan hilang pengaruh dan kuasa. ..
aku kecewa bila tgk selangor kalah dah kalah 6-2 kalah lagi 1-0 ..sama la juga PKNS kalau 2 game.. sama jer ..gaji jer besar, tapi main setakat liga haram jer .. semua ni sampah !!!
yang peliknyer, pegawai kerajaan diberi anugerah penyapu ekoran gagal mencapai standard yg MB keluarkan, mengapa pengurus pasukan selangor dan sekutu-sekutunya tak dapat lak penyapu?? dan coach pun sepatutnya layak dapat penyapu ??
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Dec-2007 05:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tahun baru 2008 yang semakin hampir
|
|
Salam buat semua,
terima kasih kepada semua pengunjung yg tidak jemu jemu melayari photoblog sy, yg tak seberapa ni. Namun itu la kepuasan kepada saya dalam arena ni malah menjadi satu tanda aras supaya saya lebih kuat bekerja , lebih kuat bersaing dan lebih kuat memotivasikan diri agar sehebat barisan jurugambar seperti "SN, udeyismail, syarinaziz, JAYISMAIL ( diam tapi hebat), freakdiver dan rakan2 yg lain (sori kalau tak letak nama) ...
tahun 2007 semakin hampir menutup tirai nya tak lama lagi, dan tahun 2008 hadir dgn penuh warna warni dalam kehidupan saya. Selepas berumah tangga, kini 2008 saya akan bersama isteri tercinta menanti akan org baru dalam hidup kami ..insyAllah dgn berkat doa , yg "angah Jr." akan muncul dalam bulan JUN kalau tak silap .. bukan itu sahaja utk pertama kali saya telah diberi peluang utk shoot wedding di luar kawasan ..yer di luar malaysia iaitu di Thailand ..terima kasih kepada sahabat saya kerana mempromosi khidmat saya kepada rakannya dan mereka setuju utk melantik saya . Saya anggap ini peluang, dan apa bila peluang datang gunakan sebaik mungkin dan buktikan kemampuan anda, mungkin di mata setengah org menganggap anda lemah dan skil anda hanya beginner tapi itulah rezeki dan peluang yg jarang berlaku. so make it happen .. sama juga status seperti perdana menteri atau menteri, peluang diberi sekali dan mereka perlu manfaatkannya ... walaupun di mata rakyat melihat terlalu banyak onar dan kesilapan demi kesilapan terus berlaku ..( adaka cakap politik, aku amik contoh jer )
2008, ada beberapa projek berpotensi dan sedang merancanga plan implimentasi selain memikirkan cara terbaik ketika ini utk bergerak secara team , bagi saya itu perlu ..wedding , alhamdullilah dah dapat booking 3 job .. okla tu..belum masuk 2008 dah dapat ..rezeki ..
so kawan2 ..terima kasih atas sokongan anda semua .. terima kasih atas tunjuk ajar ..dan terima kasih atas motivasi anda semua ..bakal pelanggan ..emm meh la hubungi saya seperti maklumat dibawah ...jangan malu-malu ..
peace ..wiss u all the best dan ALLAH SELAMATKAN KAMU ...ALLAH SELAMAT KAN KAMU ..
osman bin adnan
aka angah
Freelance Photographer
tel : 013-3998629
email : angah316@gmail.com
gallery : www.flickr.com/photos/angah316
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Dec-2007 16:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
the wedding of Syahid Dato' Shaari & Shafinas - 8 December 2007
|
|
target : syahid & shafinaz
location : subang bestari
mission : reception & outdoor - target neutralized
status : mission accomplish
report : COMPLETED - delivery in progress
Salam semua,
utk entry kali ini, saya berpeluang utk shoot client saya yg juga rakan dan pernah gak jadi jiran saya iaitu, Syahid b. Dato' Shaari serta pasangannya Syafinas. Majlis berlangsung di Subang Bestari, kediaman rasmi Keluarga Dato' Shaari. Saya beranggapan mereka ni kenal masa zaman cinta kuliah laa apa lagi ...
memandangkan si syahid ni baru jer tamat belajar, so ramai la rakan pelajar dari kampusnyer turun memeriahkan majlis, mmg la diorg ni gila gila ..tu yg best. sessi "outdoor" dijalankan di sekitar kawasan rumahnyer, kami sempat panjat bukit terbiar namun setibanya di puncak banyak sangat sampah, dah mcm kawasan perbuangan sampah..so shoot mana yg ok jer laa..
congratulation to client " syahid & finaz" ..selamat honey moon ..ingat pesanan aku tuuu
gambar akan update
utk koleksi gambar mereka, sila klik SINI
kepada yg rasa dan menilai bahawa saya layak utk jadi jurufoto anda, sila hubungi maklumat di bawah. kita bertemu dan llihat album contoh.. PRICE?(berbaloi dgn apa yg anda bayar)
osman bin adnan
aka angah
Freelance Photographer
tel : 013-3998629
email : angah316@gmail.com
gallery : www.flickr.com/photos/angah316
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Nov-2007 21:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
THE RECEPTION RAHMAT & HASMAWATI - KLANG
|
|
setelah seminggu majlis di kedah selesai, kini tiba giliran sebelah lelaki di Klang lak ..
majlis berlangsung pada hari ahad dalam suasana yg penuh ceria serta meriah dan alhamdulilah cuaca superb. Untuk majlis kali ini, umah Haji adnan dipenuhi dgn 12 biji khemah serta jamuan makan 2 jenis satu jenis org kawin, satu lagi lauk kampung. jgn terkejut ini adalah kali ke-2 majlis yg sebesar mcm ni tidak menggunakan catering sebaliknya masak sendiri !!! ada lebih kurang 8 jenis lauk kena standby ... tepat jam 12 tghhari org dah mula datang tak henti henti ..
pengantin berarak keluar sekitar jam 1.50 ekoran kelewatan pasukan kompang sungai pinang ( yg kononya jantan terhebat). saya agarkan lebih kurang 1500 tetamu yg hadir ..lauk pauk semua licin..Majlis di hadiri org kampung laa,sahabat handai,sedara mara, kenalan dan semua yg telah dijemputlaa apalagi..
oo lupa saya nak beritahu, utk majlis ini saya dibantu 3 tag along yg nak bina portfolio mereka ialah fmuham (http://fmuham.foropages.com), opticious ( http://opticious.fotopages.com) dan photogjunior (http://photogjunior.fotopages.com) ..ada juga rakan 2 photog yg lain seperti jeff "davehill" dan juga sahabat saya ellya.
kepada mereka yg di luar sana, ingin beri peluang kepada saya utk rakamkan majlis seri anda semua ...segera la hubungi saya ..
aku pun mcm sapex gak, meh klik
sini untuk gambar yang lain
osman b. adnan (angah)
Freelance Photogpraher
manphotography
tel : 013-3998629
email : angah316@gmail.com
gallery : www.flickr.com/photos/angah316
nak tgk gambar yg lain meh klik
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Nov-2007 06:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
THE SOLEMNIZATION of rahmat & norhasmawati, Sg.Petani Kedah
|
|
salam utk semua ..
utk entry kali ni saya ditugaskan utk cover majlis nikah adik saya iaitu rahmat aka alang serta pasangannya norhasmawati yang mana majlis berlangsung di sg.pasir, sg,petani kedah ..katanya umah ni kat ngan area umah Datuk K .. majlis dilangsungkan di sebuah masjid berhadapan dgn taman perumahan hasma selepas waktu zohor. rombongan keluarga lelaki terdiri daripada kaum kleuarga terdekat di mana kami semua bertolak selepas subuh dari Klang.
utk pengetahuan semua, belakang umah hasmah ada sawah bendang yang sangat luas dan atas ebab itu saya buat outdoor portraiture di sana dan di pantai merdeka. kepada alang n Hasma selamat pengantin baru ..katernyer tak sempat nak honeymoon sebab alang sibuk dgn kerja barunya sebagai physical trainer utk pasukan PKNS FC dalam saingan liga M musim ini.
haa nak tgk gambar seterusnya sila klik sini
osman adnan aka angah
Freelance Photogpraher
gallery :www.flickr.com/photos/angah316
fax : 03-33441126
tel : 013-3998629
YM: angah316
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Nov-2007 08:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DEEPAVALI - Family portrait
|
|
alooo ..vanikam vanikam ..
Selamat menyambut deepavali kaum kaum india yang agama hindu.
untuk entry kali ni, saya telah dijemput ke rumah bekas bos saya di majikan lama iaitu Encik Sudesh Kumar. mcm biasa setiap tahun mmg ada open house oleh boss saya ni,Boss saya ni tinggi orangnya , hidung mancung tapi dah berumur sikit jer namun masih handsome juga ..kami mmg rapat dari sejak dari awal perkenalan ketika baru masuk syarikat tuuuuuuuuutt .. dia adalah executive saya dan saya masa tu sekadar machai jer...
kerja dia bawah kumar ni sememangnya best sebab dia sangat caring dgn anak buah dia ..so ada masalah dia tlg solve tapi kena gosok gak laaa , maki tu tidak tapi kena ayat makan dalam ..ala biasala kerja. walau bagaimanapun ia tidak menjadi halangan kepada kami, kerana dia selalu berpesan kepada kami semua " kerja kerja, kawan-kawan" so sendiri mau ingat..kerana itula saya sentiasa menghargai hubungan sahabat sehingga kini ini termasuklah hubungan akrab dgn anak anak beliau. dulu jumpa kecik jer sekarang dah besar ..ayoooo
kini bos saya ni dah semakin hebat ..dari segi kerjayanya ..perghhh establish kata org putih..personaliti bagi saya, beliau seorg metroseksual cuma tua sikit jer..tapi hebat!!! serta mempunya keluarga yg sangat bahagia...malah saya sentiasa meletak sasaran dalam hati saya untuk capai seperti mana yg boss saya ni capai pada usianya ..kalau tak dapat 100% at least 10% apa yg telah beliau capai.
to my boss, thanks for teach, encourage, caring, guiding, motivating, and of course helping me.. i luv to work under ur supervise .. if have a second chances sure i will join u back in the team (doa-doalah) ..we kept this relation until our last breath.wish u all the best ..
cheers ..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Nov-2007 21:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The reception of JD & shreen - Hotel Saujana Subang ..
|
|
helo ..
bagi reception kali ni sy bepeluang menjadi assistant kepada sahabat saya saudara udeyismail. suasana majlis yang penuh seri ini mmg sgtlah happening ..gelagat tetamu mereka yg hadir semuanya ceria ..secara peribadi saya suka sangat coz beperluang utk tambahkan lagi fotofolio saya hehehe ..
kepada pasangan JD & shereen ..tahniah ..u guys mmg rock !! and JD u really look stylo with white suit. .yahhh really cool ...shreen u pun sama , the dress pergghhhh lawa tuu cuma payah sebab asik org terpijak jer ...hihihihi ..
selamat pengantin baru for both of u ..
clickhere for more pic
sempoi!!!!!!
osman adnan
freelance photographer
YM : angah316
013-3998629
angah316@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Oct-2007 13:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MARANG - TERENGGANU part 2
|
 |
|
ko tgk la tuuu seronok sakang
|
|
 |
|
nila grandstand mini stadium diorg .
|
|
 |
|
posing di grandstand
|
| | View all 12 photos... |
|
Oraitt ..we mit again ..
kali ni saya buat tour area KT dari pasar payang hingga la ke Marang pd petangnya ..
penat ?perghh jgn cakap ..tapi i kena kerja kuat kerana utk menjadi yg hebat kita kena kuat berusaha mencari lain dari yg lain ..tu yg agak payah ..
peluang melawat ke pasar payang pada waktu pagi mmg menjadi hasrat isteri saya..dia mmg nak cari kain batik ..alang alang tu sy lak mmg nak cari kain songket ..hehehe idaman hati ni ..so sempat juga la shoot mana yg patut kebetulan jumpa haliza AF5 ..tapi sy malas nak shoot dia sebab takder dalam subjek list..so abaikan walaupun dia star .hehehe jgn marah heliza ..tapi dia mmg cung!!! ..
tghhari jalan2 pegi chendering melawat ke satu kilang batik Noor affa ..semua org tau pengusaha batik ni ..saya sempat mengambil gambar di sana
lepas antar isteri kat rusila, pastu ke seberang takir,
petang ke losong dan juga muzium..
amik isteri pegi terus ke pantai marang ..
hahaha ni yg paling best tgk budak budak marang ..i luv the shot !!!
utk budak-budak ganu yg jadi model ..tima kasih byk byk ..demo mmg seporting ..
enjoice guysssss
more pic ..klik here
|
|
|
|
|