 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
I'm Photographer
 By: osman adnan
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 09:07 |
Email | Share | Bookmark |
|
Bersejarah kerana ada waris .
|
 |
|
kedah johan piala FA 2007/08
|
|
|
asalamualaikum
Syukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia serta kuasa-Nya, berlangsung satu peristiwa bersejarah dalam hidup saya. apa yg selama ni kami tunggu , akhirnya lahirla seorg putera utk saya dan isteri. anak pertama saya lahir semalam 21 jun 2008 bersamaan 16 jamadil akhir 1429.
sebenarnya pagi sabtu tu, wife saya telah pun merasakan sakit yg konsisten. jadi saya rasa eloklah ke hospital namun sebelum tu sempat lagi makan sarapan pagi , lontong berlaukkan kerang rendang + sambal sotong. lebih kurang jam 12 terus ke hospital dan buat pemeriksaan CTG .. daripada laporan tersebut mmg jelas la yg wife saya akan melahirkan bayi kurang dari 24 jam. dan beliau harus berada di wad bersalin. pada ketika itu sakit nya semakin menjadi jadi. setelah tukar pakaian, wife saya terus di bawa ke bilik bersalin dan menanti waktu utk bersalin. Jika dilihat dari pemeriksaan pertama tadi, pd masa itu pembukaan baru 3 cm, jadi ada 7 cm perlu tunggu dan ia memerlukan 7 jam lagi ( 1cm = 1jam) ..jadi tanggapan saya mmg terlepas la aksi perlawanan akhir FA cup malam ni.. pada hal nak buat pas kelam kabut rushing sana sini..
di labor room, saya duduk disebelahi isteri memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi (mcm ayat org politik) kepada isteri agar bersabar dan menahan sakit tersebut. tetapi itulah istimewa nya isteri atau kaum hawa, mereka sendiri yg tau rahsia sakitnya bila nak menanti saat kelahiran. ekoran dari kesakitan yg dialami terlalu kuar, isteri saya minta buat pembedahan pada mulanya, saya cakap tidak perlu la..tahan la dulu. tak berapa lama selepas itu beliau sekali minta kalau boleh nak menjalankan prosedur "epidural" iaitu salah satu kaedah buis. lalu nurse bertugas minta izin utk buat pemeriksaan sekali lagi melihat tahap pembukaan.. dia terus cakap "ehh dah tak payah epidural , ni dah terbuka 8 cm.tunggu masa nak kuar jer ni.. terus suasana jadi agak sibuk dimana ketua bidan turun bantu utk lakukan prosedur seterusnya . masa nila sy lihat bagaimana peritnya isteri saya menahan kesakitan yg dialaminya ..dari gengaman tangan isteri , kita dah tau sakitnya nak lahirkan anak.. dah tak leh nak nangis... doktor dtg jam 3, dan masa tu isteri saya semakin sarat dan terus sakit yg amat sangat ditambah lagi kena meneran dgn teknik yg betul..
mcm tak caya, kat dalam bilik mmg sibuk dgn situasi kelahiran ditambah lagi dgn suasana di luar bangunan di mana langit gelap dgn hujan lebat , petir sambung menyambung .. berdetum detam ..perghhh dah mcm citer lancang kuning gak.. namun suasana labor room terus sengit dgn keadaan si ibu meneran dan si doktor & si jururawat terus membantu, akhirnya doktor ambil keputusan utk buat "vacum" kerana bayi dilihat masih sukar utk dikeluarkan..setelah membuat prosedur tersebut dan dibantu teran oleh si Ibu, akhirnya kepala bayi berjaya dikeluarkan dan kurang seminit badan bayi juga terkeluar disusuli dgn tali pusat. doktor terus letak kat atas perut ibu .. masa ni saya rasa wahhhhhhhhh subhanAllah ..
sy masih ingat lagi ketika dia sedang bergelut dgn kesakitan tu, selain nurse dan doktor memberi tunjuk ajar. saya juga turut memberi sokongan .. yg saya ingat sehingga sekarang , ialah org dah sakit sangat..dah cuba teran dan terus teran tanpa henti ..maksudnya amik nafas ..teran amik nafas teran ..sepenuh hati.. dia pegang tangan saya dan masa tu timbul satu kekuatan dalam diri sy utk cakap" yang , awk dah lalui 9 bulan lebih inilah masa ditunggu-tungu .. kita kena kuat kesian anak kita nanti dia lemas.. ..sy tgk muka wife sy berubah dan senyum senyum tidak .. dan masa tu dia mmg press all out .. masa tu gak la doktor amik vacum ... sy bole bygkan la muka wife saya mcm mana ..bibir sampai biru dan yg plg gempak ..jerawat nasi kat hidung pun boleh terkeluar laa...mmg superb real !! dan segala kesakitan hilang mcm tu jer bila tgk baby depan mata... lepas bersalin .. doktor boleh berborak ngan wife i mcm takder apa apa berlaku ,padahal masa tu doktor sedang buat jahitan dan membersihkan luka yg ada...
mcm biasa , baby dibersihkan dan diberi suntikan .. dan mmg confirm melalak ..ukuran dibuat ..54cm dan berat 3Kg. terus dihadapkan kiblar kini tugas saya utk mengazankan Anak saya ini. penuh syahdu betul waktu tu ..dgn airmata suara pun serak basah ...anak saya berenti menangis dan saya bawa pada wife sy yg masih bersama doktor utk kerja kerja lain...
bila dapat berita dapat anak sulong , sudah pasti yg gembira ialah ibu bapa saya dan mertua. punya lah mereka gembira.maklumlah cucu pertama. saya juga turut merasai saat kegembiraan ini. CUma yg terkilan satu jer. hidup saya dipenuhi dgn warna warni bola sepak sama ada tempatan ataupun luar.. justeru disebabkan isteri saya bersalin awal tidak seperti yg dijangka kan .tepat jam 830 mlm sy bergegas ke stadium utk menonton dan merakamkan pertarungan sengit ini. .. malangnya selangor tumpas.. kalau menang ..perghhhh ... best gila!!!!!
i luv my wife
i luv my son
i luv my parents
i luv my familys
i luv my friends ..
alhamdullilah ..
mari saksikan gambar gambar ni ..
jam pukul 2 ..masa ni bini aku dah sakit sangat...
susah tau nak tgk muka bini aku stone mcm ni ... sakit dia kata
yg selebihnya klik sini
utk kedah .. tahniah .. takper nanti kita jumap final piala Malaysia ..
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|