 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
I'm Photographer
 By: osman adnan
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 27-Aug-2008 07:34 |
Email | Share | Bookmark |
|
The solemnisation & reception " adeq & boy"
|
|
salam semua ..
ok kt tinggalkan bola sepak, pada tarikh 230808 telah pun di "booked" utk majlis seperti tajuk di atas. nick name among her frenz Zura tapi sy panggil adeq jer. Adeq ni adalah kenalan atau kawan adik sy sewaktu belajar UiTM. Jika tidak silap sebulan sebelum tarikh ini, adeq menghubungi sy melalui rakan mereka menyatakan minat utk mendapatkan khidmat sy. jadi setelah melihat hasil kerja sy, dia pun setuju. So kira On la kan !
nak dijadikan cerita malang buat sy pada hari tersebut, pagi tu seawal jam 8 pagi dah kuar rumah dan melalui sms yg dihantar oleh adeq, dia suruh sy breakfast ..cantikla kt makan dulu nasi lemak+nescafe O. lepas je makan sy pun pegi ke kete dan nak start, terlupa kereta ini ada alarm jadi kena activate alamr tu balik then baru leh start ( honda city) ..so tekan alarm tak berfungsi . aikk baru je tukar bateri rasanyer.. sy dah hampir panik ni .. adeq duk call.. terlintas dalam kepala nak ambil beg camera masa tu ..dgn beg galas camera disisi .sy cuba lagi tekan alarm tettiba dia tertutup . pastu tekan balik takleh buka.. perghhh nasib baik la begcamera dah kat luar .. pegi cari kedai bateri tukar bateri , pegi kat kete tekan balik alarm still tak function .. mmg buat hal pagi buta ni .. buat potong stim nak amik gambar jer ..hilang fokus ooo .. jln terbaik sy tinggal kete terus cari teksi pegi midvalley hotel ... cuma sy bertuah sebab beg camera dah kat luar kereta masa tu .kalau kat dlm .pening ooo ..
kat bilik di Midvalley hotel, adeq sedang di "make up" dan rakan2 mereka ada la kat situ juga .. habis make up, gegas ke masjid taman desa (berdekatan wisma faber). majlis nikah yang sempoi dikendalikan oleh ustad muda JAWI . selesai jer teru sgegas balik hotel siap utk majlis resepsi lak yang diadakan di dewan komuniti Pantai hill park .. cantik tu.. teiba kat dewan , rakan2 dah tunggu ..mak aiii kawan semua badan sasa sasa oooo .. keje gym la katakan .. kesian pengantin tak sempat nak makan , abis sema tetamu dtg jumpa .. alih makanan pengantin pun dah habis barula diorg mkn itupun nasib baik lauk dan ceduk awal2 letak dalam pinggan . majlis selesai jam 4 petang ..packing barang ..akulak minta tlg pengapit utk antar kat depan .. gila oo sy hanya ada beberapa jam utk selesaikan masalah battery yg dah habis serta kereta yg kat kedai mamak pagi tadi..
kepada pengantin, selamat pengantin baru .. nanti sy bgtau bila album dah siap ..
utk gambar seterusnya klik SINI
alhamdullilah semua selesai lepas magrib terus chow pegi stadium
kesempatan ini sy nak ucap tahniah kepada kedah sebab menang Piala Malaysia utk kali ke-2 berturut-turut sekaligus melakar sejarah baru bola sepak malaysia dimana pasukan pertama menang 6 piala berturut-turut dalam 2 musim. sy berkesempatan menonton sambil mengambil gambar .. malangnya sy duk di zon "perang" ekorang serangan mercun yg bertali arus dari para penyokong kedah setelah pasukan kesayangan mereka menjaringkan gol penyamaan ketika itu. nasib baik sempat mengelak..
mana2 yg nak kawin atau nikah atau pun tunang hubungi la saya dgn segera ..
hired me as ur photographer ...
osman adnan aka angah
013-3998629
angah316@gmail.com
YM :angah316
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|